Kesan negetif penggunaan minyak tea tree Gelam wangi

Kesan iritasi pada kulit

Salah satu kesan biasa hasil dari penggunaan minyak gelam wangi atau tea tree ialah dapat menyebabkan kulit mengalami iritasi, khususnya jika minyak disapu pada kulit yang tercedera, kering dan bersisik. Antara simptom-simptoom kulit beriritasi termasuklah kepedihan, kegatalan, luka dan warna merah terbakar. Dalam sesetengah kes, minyak tea tree yang disapu pada kepekatan tinggi boleh menyebabkan ruam ringan atau teruk. Ujikaji bahan dengan menitiskan setitik minyak pada bahagian kulit perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengenal pasti tahap lecuran pada kulit.

Reaksi alergi

Minyak tea tree dapat memangkinkan tindak balas elergi samada dalam paras ringan ataupun teruk. Menurut Persatuan Kanser Amerika Syarikat, pesakit yang mempunyai alahan kepada jenis-jenis tumbuhan yang keluarganya dari jenis gelam wangi misalnya pokok cengkih, jambu batu, eucalyptus, dan semua jenis rempah biasanya mempunyai kesan alahan yang teruk kepada minyak tea tree. Tanda-tanda kesan alahan ringan termasuklah gatal-gatal, kemerahan, dan rasa tersumbat. Bagi kes yang lebih teruk, pesakit alahan mungkin mengalami kekejangan, muntah-muntah, sakit kepala, cirit-birit, bengkak, atau anaphylaxis yang boleh mengancam nyawa.

Kesan sampingan hormonal

Menurut kajian dari National Institute of Health, salah satu masalah kesan sampingan hormonal tea tree oil apabila kanak-kanak lelaki yang belum mencapai usia akhil baligh menggunakannya. Minyak tea tree mungkin menyebabkan kanak-kanak lelaki tersebut mengalami penghasilan tisu payu darapada kondisi gynecomastia pra-baligh.

Kesan sampingan akibat tertelan

Minyak tea tree adakalanya digunakan pada kepekatan rendah akibat bancuhan dengan air untuk merawat ulser mulut dan sebagai cecair kumuhan merawat bau mulut dan kesihatan oral. Walaubagaimanapun, ia amat bertoksid sekiranya ditelan, khususnya pada kepekatan tinggi. Jika tertelan, anatara kesan nyata yang dapat dilihat termasuklah kepeningan, mual, sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, kelesuan dan terasa lemah. ia boleh membawa kepada koma, halusinasi, pembentukan sel darah yang cacat, konfusi dan ataksia, dimana memberi kesan kepada koordinasi otot dan menghadkan penggerakan otot.

Kesan kepada ibu mengandung

Tidak dapat dipastikan kesan nyata kepada ibu mengandung atau ibu yang menyusukan bayi, mungkin minyak mampu meresap kedalam pembuluh darah dan memberi kesan kepada sumber laktasi badan.